Berita Semasa

Taib Mahmud kini dirawat di KL

KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, laporan polis yang tersebar di media sosial sejak Ahad lalu adalah laporan yang sahih dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun katanya, ia bukan atas insiden dilarikan tetapi lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan Abdul Taib.

“Tıada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas Yang di-Pertua Negeri itu.

“Kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak pada 9 Februari 2024 dan masih menunggu arahan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, katamya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Show More

Related Articles

Back to top button