
[VIDEO] ‘Orang Islam sepatutnya berduka dengan keputusan hari ini’ – Takiyuddin
PUTRAJAYA – Orang Islam sepatutnya berduka dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai terbatal dan tidak sah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, keputusan sedemikian sebenarnya turut mengancam kedudukan undang-undang syariah di negeri lain juga.
@malaysiatribune Ketua Setiusaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan Hari Jumaat Hitam pada hari ini selepas Makhamah Persekutuan mengisytiharkan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan sebagai tidak sah. Beliau juga menyifatkan keputusan ini bakal memberi kesan buruk kepada Makhamah Syariah negeri lain kerana keputusan ini menjadi rujukkan bagi kes Makhamah Syariah Negeri untuk dicabar di peringkat Makhamah Persekutuan. #malaysiatribune
“Mana-mana orang, katalah di Negeri Sembilan (atau) Melaka dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan liwat.
“Dia akan bawa kes itu di sini, beritahu di Kelantan dibatalkan kesalahan yang sama. Maka (kesnya) akan dibatalkan.
“(Maknanya) Tak ada orang yang boleh dituduh di mahkamah syariah dengan kesalahan jenayah syariah ini,” dakwanya kepada pemberita di luar Istana Kehakiman, di sini hari ini.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Dengan keputusan itu, Badan Perundangan Negeri Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa menggubal 16 peruntukan undang-undang yang dipertikaikan itu, hanya dua undang-undang Seksyen 13 dan 30 yang dibenarkan.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, keputusan itu bukan perkara kecil.
“Saya harap rakan-rakan faham kenapa kami begitu emosi dan serius tentang perkara ini. Ini bukan benda kecil.
“Mempertahankan syariah bermakna mempertahankan institusi raja-raja yang menjadi ketua agama Islam negeri-negeri.
“Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga negeri-negeri yang tak ada raja-raja,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |