
LHDN muatnaik Garis Panduan e-Invois, SDK
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memuatnaik Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 2.2), Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.0) dan Software Development Kit (SDK) versi Beta ke Laman Mikro e-Invois di portal rasminya sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
Untuk makluman, SDK merupakan set tatacara pembangunan yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi yang boleh diintegrasikan dengan sesebuah platform.
“SDK tersebut menerangkan secara khusus berkenaan perkara-perkara seperti Application Programming Interfaces (APIs), Standard inputs dan outputs, Standard kod ralat, Penerangan jenis dokumen, Logik pengesahan, Jadual kod, Garis panduan integrasi, dan Soalan lazim (FAQ).
“Pembayar cukai boleh mengakses dan memuat turun semua garis panduan dan SDK menerusi pautan ini,” kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.
Sebarang pertanyaan mengenai SDK boleh diajukan menerusi e-mel ke sdkmyinvois@hasil.gov.my.
“Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Contact Centre di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan juga menerusi Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDN,” kata LHDN lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |