Berita Semasa

4 premis makanan kotor di Kuala Lumpur diarah tutup

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat premis makanan di sekitar ibu kota dikenakan arahan penutupan sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu dikenakan hasil daripada pemeriksaan ke atas 62 premis dalam Operasi Sepadu Bersih yang dilakukan baru-baru ini.

“Operasi melibatkan premis di Jalan Hujan Rahmat 3 (Parlimen Seputeh), Taman Sri Sinar & Jalan Medan Setia (Parlimen Segambut), Wisma Cosway (Parlimen Bukit Bintang), KL Eco City Mall (Parlimen Lembah Pantai) dan Taman Miharja (Parlimen Cheras).

“Dua daripada empat yang dikenakan arahan penutupan adalah dua di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan dua lagi di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016,” katanya hari ini.

Anggota penguatkuasa DBKL melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi dalam Operasi Sepadu Bersih, baru-baru ini.

Selain itu, sebanyak 76 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan,” katanya.

Anggota penguatkuasa DBKL melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi dalam Operasi Sepadu Bersih, baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button