Berita Semasa

Jurulatih legenda Kedah, Azrai Khor meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Jurulatih legenda Kedah, Azrai Khor meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din dalam laman Facebooknya.

“Mendapat perkhabaran duka lagenda bolasepak Malaysia dan negeri Kedah sahabat seperjuangan saya coach Azrai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Azraai Khor Abdullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman Al-Fatihah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya,” katanya.

Sementara itu menurut Stadium Astro, bekas pengendali berusia 71 tahun itu meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung.

Azraai pernah mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan ‘treble’ berganda musim 2006/07 dan 2007/08.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button