Berita Semasa

Che Ta penyeri Lip-Lap Lip-Lap bufet Ramadan Hotel Tenera

BANGI – Lebih 130 jenis menu yang lazat dan membuatkan pengunjung rambang mata disediakan dalam juadah bufet Ramadan yang disediakan oleh Hotel Tenera bermula 14 Mac sehingga 7 April ini.

Lebih istimewa bufet Ramadan tahun ini juga bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan.

Dengan bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai wajah bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.

“Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

“Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan durian ‘unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja,” katanya.

Beliau berkata, hidangan lain yang turut disediakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Lebih menarik katanya, sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.

“Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

“Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia,” ujarnya.

Fadzly berkata, Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).

Katanya, tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024 dan bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

Sementara itu katanya, sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.

“Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawikh.

“Selain itu, kami juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Pakej Ramadan Staycation

 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
 Bufet Ramadan untuk 2 orang
 Sahur untuk 2 orang
 RM388 bersih/bilik

 2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)
 Bufet Ramadan untuk 4 orang
 Sahur untuk 4 orang
 RM688 bersih/unit

Pakej Ramadan Residensi
(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)

 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)
 Bufet Ramadan untuk 1 orang
 Sahur untuk 1 orang
 RM298 bersih/seorang

 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)
 Ramadan Bufet untuk 2 orang
 Sahur untuk 2 orang
 RM216 bersih/seorang

* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button