Berita Semasa

Alif Satar diumum jadi duta rasmi Hadramawt Kitchen

KUALA LUMPUR – Hadramawt Kitchen Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang sinonim dengan masakan asli Arab dan timur tengah, dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan penyanyi serta pelakon, Alif Satar sebagai duta rasmi jenama restoran itu.

“Bekerjasama dengan Alif, rakan lama saya, kami berharap dapat menghantar mesej positif di luar sana, sambil kami meningkatkan pengalaman menjamu selera restoran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hadramawt Kitchen, Alaa Abdalwahed.

Kata Alaa Abdalwahed, pihaknya komited untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan memupuk perkongsian dengan pembekal berskala kecil, petani dan peniaga tempatan dalam mempromosikan aktiviti ekonomi serta amalan yang lebih mampan.

Terdahulu, Hadramawt Kitchen dalam satu majlis di sini semalam, mengumumkan Alif Satar sebagai duta rasmi restoran berkenaan.

Megulas mengenai kerjasama tersebut, Alif berkata, pihaknya bersama Hadramawt Kitchen mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil peluang membeli sambil bersedekah sempena bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa minggu lagi.

Katanya, sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, Hadramawt Kitchen akan menyumbang RM1 daripada setiap pek makanan bagi pembelian minimum 50 bungkus.

“Kita dah menghampiri bulan Ramadan bulan yang mana Alif rasa ramai yang terkejar-kejar untuk menambahkan amalan.

“Oleh sebab itu kita sudah mulakan satu inisiatif dengan Hadramawt Kitchen yang mana kita akan adakan Menu Rahmah iaitu dua menu, nasi mandy yang dihidang bersama ayam atau kambing, air, kurma dan salad Arab.

“Sesiapa sahaja mahu bersedekah kepada sesiapa sahaja pada bulan Ramadan bersama dengan Hadramawt Kitchen, ada makanan lengkap dan setiap bungkus makanan RM1 akan didermakan ke tabung Palestin,” kata Alif.

Lebih menarik, terdapat lebih 80 jenis makanan bertemakan masakan Arab dan barat bakal ditawarkan dalam menu bufet Ramadan pada tahun ini di Hadramawt Kitchen.

Bagi mereka yang ingin melakukan tempahan awal, Hadramawt Kitchen berbesar hati untuk menawarkan diskaun eksklusif (early bird) pada harga RM99 bagi dewasa, RM49 warga emas dan kanak-kanak, manakala tiada caj dikenakan bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

Tempahan awal dibuka pada 7 Februari hingga 10 Mac dengan tawaran diskaun sebanyak 15 peratus berbanding harga biasa.

Show More

Related Articles

Back to top button