Berita Semasa

Wanita meninggal dunia ketika daki Gunung Tahan

JERANTUT – Seorang pendaki wanita berusia 52 tahun meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan, 7.30 pagi semalam.

Pendaki tersebut, Zahalita Othman, sedang mengikuti program pendakian Gunung Tahan sejak 1 Februari lalu, dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerantut menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Merapoh pada pukul 12.45 tengah hari, memaklumkan ada satu kematian membabitkan seorang pendaki gunung ketika mendaki Gunung Reskit.

“Ketika pendakian, wanita itu mengalami sesak nafas dan meninggal dunia, kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Katanya, arahan pengurusan untuk bawa keluar jenazah sudah diaturkan.

Show More

Related Articles

Back to top button