
Tiga lelaki rompak kedai emas dalam pasaraya di Kota Warisan
PUTRAJAYA – Pengunjung sebuah pasaraya di Kota Warisan, Sepang dikejutkan dengan kejadian rompakan sebuah kedai emas dalam kejadian awal malam tadi.
Kejadian yang berjaya dirakam orang awam dalam video berdurasi 23 saat itu memperlihatkan dua lelaki sedang memunggah barang dipercayai barang kemas manakala seorang lagi berkawal di depan premis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam mengesahkan kejadian melibatkan tiga lelaki berjaket dan bertopi keledar.
Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku pada jam 8.15 malam tadi.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan fakta kes akan diserahkan kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
“Laporan lengkap berkenaan kes itu akan dikongsikan dengan pihak media selepas mendapat kebenaran Ketua Polis Selangor,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |