Berita Semasa

Seorang wanita maut, empat lagi dikhuatiri hilang insiden kepala air di Bidor

BIDOR – Seorang wanita maut manakala empat lagi dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika berkelah di Sungai Kampung Poh, dekat sini hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, terdapat tujuh mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang hilang ialah seorang wanita dan tiga lagi kanak-kanak.

“Wanita yang maut ditemui anggaran jarak 1 kilometer dari lokasi tempat mereka berkelah.

“Mangsa dijumpai oleh penduduk kampung sebelum jambatan di sungai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu katanya, mangsa yang selamat ialah seorang wanita dan seorang kanak-kanak anggaran usia 12 tahun, masing-masing selamat.

Sayani berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang.

Sehingga kini katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor masih melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Jalil.

 

Show More

Related Articles

Back to top button