Berita Semasa

Program Usahawanita bantu wanita muda terokai dunia perniagaan media digital

SUBANG JAYA – Kerajaan negeri Selangor terus komited dalam menyokong usaha melatih wanita muda di negeri ini meneroka dunia perniagaan melalui platform media digital.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Anfaal Saari, sebanyak RM231,000 diperuntukan
bagi penganjuran program Insentif Media Digital Usahawan Wanita Muda (Usahawanita).

“Dengan 302 penyertaan diterima dalam masa 48 jam setelah dipromosikan, program ini mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan usahawanita muda di negeri Selangor.

“Modul ini merupakan fasa permulaan bagi program Usahawanita yang melibatkan 4 fasa secara keseluruhannya, sebelum Ikon Usahawanita Digital Media Negeri Selangor dinobatkan Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seramai 200 peserta yang terlibat dalam program Usahawanita yang diadakan di Hotel Geno Shah Alam, semalam.

Selain itu, Ikon Usahawanita akan diberi keutamaan menerima insentif keusahawanan dan program pemberdayaan wanita anjuran kerajaan negeri.

Wanita Berdaya Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Kebajikan Masyarakat juga akan menaja kos laman sesawang perniagaan kepada 30 usahawanita yang beriaya ke peringkat pertandingan selama setahun.

Antara fasa-fasa yang terkandung dalam program Usahawanita adalah termasuk latihan asas, latihan lanjutam, praktikal dan produk terbaik berdasarkan pencapaian jualan terbanyak, strategi pemasaran, dan perancangan perniagaan yang terbaik.

Sebagai rekod, program Usahawanita ini turut mendapat usaha sama dari Hijrah Selangor dan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button