Berita Semasa

KPDN Kedah kesan taktik penyelewengan diesel di kawasan sempadan

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengesan taktik pembelian minyak di beberapa stesen minyak untuk mengelak aktiviti penyelewengan diesel dikesan pihak berkuasa.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, aktiviti itu dikesan daripada maklumat yang disalurkan kepada pegawai di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan, ICQS Bukit Kayu Hitam untuk tujuan pemeriksaan.

Katanya, taktik pembelian bahan bakar bersubsidi itu dikesan dalam Op Tiris: Operasi Bersepadu Bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah baru-baru ini.

Katanya, pemantauan dan pemeriksaan dijalankan di sekitar Changlon dan Bukit Kayu Hitam berjaya menahan dua buah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dan wanita dengan isian bahan bakar berjumlah 50 dan 60 liter minyak diesel di dalam tangki kedua-dua kenderaan.

“Pemantau selama lima jam di stesen minyak kawasan sempadan berjaya mengesan dua kenderaan dalam keadaan mengcurigakan dan siasatan mendapati mereka melakukan transaksi belian minyak diesel melebihi satu transaksi di stesen minyak berbeza.

“Jumlah pengisian atau pembelian diesel semasa pemantauan dilakukan adalah 20 liter sahaja bagi satu transaksi pengisian.

Muhammad Nizam berkata, sebanyak tujuh buah stesen minyak dikategorikan sebagai titik panas dan beberapa kenderaan berpendaftaran Thailand dipantau dalam operasi itu.

Show More

Related Articles

Back to top button