Luar Negara

Helikopter terhempas dalam tasik, bekas Presiden Chile maut

CHILE – Bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera, 74, dilaporkan terbunuh apabila helikopter dinaiki bersama tiga lagi individu terhempas ke dalam sebuah tasik di Lago Ranco, bahagian selatan negara itu.

Pasukan penyelamat mengesahkan kematian Pinera sebaik sahaja tiba di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa dilaporkan selamat.

Media tempatan yang memetik sumber mendakwa Pinera merupakan juruterbang dalam pesawat berkenaan namun masih belum dipastikan.

Susulan insiden itu, Presiden Chile, Gabriel Boric mengisytiharkan cuti berkabung selama tiga hari manakala majlis pengebumian akan dilakukan pada Jumaat.

Pinera merupakan ahli politik konservatif yang memimpin Chile dari 2010 hingga 2014dan sekali lagi dari 2018 hingga tahun lepas.

Laporan Forbes mendedahkan Pinera mempunyai aset dianggarkan bernilai AS$2.7 bilion.

Sementara itu, Presiden Argentina, Mauricio Macri menyifatkan pemergian individu antara terkaya di Chile itu sebagai tiada galang ganti.

Menteri Dalam Negeri Chile, Carolina Toha berkata, mendiang merupakan seorang ahli politik yang cukup dedikasi dalam menjalankan tugas.

Mendiang juga terlibat dalam misi menyelamat 33 pelombang yang terperangkap di Gurun Atacama yang menjadi berita sensasi pada 2010 dan diadaptasi ke dalam filem bertajuk The 33, pada 2014.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button