Berita Semasa

Setiap yang bermula pasti berakhir, Cikgu Fadli Salleh pilih bersara awal

KUALA LUMPUR – Cikgu Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan aktivis dan pempengaruh media sosial memilih untuk bersara daripada profesion perguruan hari ini.

Berita sedih itu dikongsi beliau berserta beberapa keping gambar dalam laman media sosial miliknya hari ini.

“3 Januari 2006. Melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di SK Taman Melawati 2.

“Oktober 2016 hingga Februari 2023. SK 1 Gombak pula terima diri ini. Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.

“Izinkan daku mengundur diri,” katanya.

Tindakan beliau itu turut mengejutkan rata-rata pengikut media sosialnya yang masih mahu melihat beliau mendidik anak bangsa.

“Semoga cikgu terus beristiqamah. Saya yakin cikgu tahu apa yang terbaik untuk cikgu sendiri. Selamat bersara YB Cikgu Mohd Fadli Salleh,” tulis NurAliya Abdullah.

“Terima kasih atas semua perkongsian ilmu mohon halalkan ilmu mohon teruskan mengajar anak-anak kami. Semoga atas itu semua ada keberkatan buat chegu dan semua,” tulis Kamarul Ariffin.

“Selamat bersara cikgu… terus memperjuangkan guru dan sistem pendidikan kita,” Wyda Waheeda.

Cikgu Fadli terkenal dengan perjuangannya untuk membela guru dan sistem pendidikan negara yang dilihat lompang.

Selain itu beliau juga sering memuat naik hantaran yang bersifat motivasi dan mendidik untuk dijadikan pengajaran semua pihak.

Show More

Related Articles

Back to top button