Luar Negara

Raja Charles disahkan hidap kanser

LONDON – Selepas kira-kira 18 bulan menaiki takhta selepas kemangkatan Ratu Elizabeth, Raja Britain iaitu Raja Charles III disahkan mengidap kanser.

Istana Buckingham semalam mengumumkan Raja Charles, 75, menangguhkan semua urusan rasmi kerajaan termasuk penampilan di khalayak ramai.

Perkara ini diumumkan seminggu selepas Raja Charles dibenarkan keluar dari klinik swasta London selepas prosedur perubatan.

Beberapa minggu sebelum ini, baginda dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk menjalani rawatan prostat yang semakin membesar.

Dalam kenyataan itu, baginda dikatakan akan kembali menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa tidak lama lagi.

“Ujian diagnostik seterusnya telah mengenal pasti ia adalah kanser dan Raja Charles telah memulakan rawatan hari ini.

“Baginda kekal positif mengenai rawatan beliau dan berharap untuk kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin,” menurut kenyataan yang tidak mendedahkan jenis kanser yang dihadapinya.

Menurutnya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi, serta berharap ia dapat membantu pemahaman umum dan bagi semua yang pesakit yang menghidap kanser di seluruh dunia

Charles ditabalkan sebagai raja pada 6 Mei 2023 susulan kemangkatan Ratu Elizabeth pada 8 September 2022, selepas menjadi pewaris paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain.

Show More

Related Articles

Back to top button