Berita Semasa

KPT lancar Portal Pusat Sumber

Tingkatkan kemahiran warganya sebagai pekerja yang bermaklumat

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Portal Pusat Sumber KPT bagi mempertingkatkan kemahiran warganya sebagai pekerja yang bermaklumat dan menyemarakkan budaya membaca.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, portal tersebut dibangunkan sendiri oleh Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Pusat Sumber KPT.

“Sebagai contoh, warga KPT daripada bidang akademik serta bukan akademik, dari semasa ke semasa amat memerlukan maklumat serta penyelidikan baharu mengenai teras serta dasar Pendidikan Tinggi serta kajiankajian pendidikan yang terkini.

“Dengan adanya portal ini, capaian maklumat dapat diakses dengan lebih mudah dan cepat,” kata Zambry, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan KPT, di sini hari ini.

Tambahnya, inisiatif ini adalah sejajar dengan Dekad Membaca Kebangsaan yang bertujuan untuk membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia dengan fokus membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

“Membaca merupakan mekanisme untuk meningkatkan profesionalisme dan menambah
pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.

“Sikap suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button