Berita SemasaPM X

Pengurangan hukuman, denda Najib budi bicara Seri Paduka

PUTRAJAYA – Keputusan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah berdasarkan pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sama ada Yang di-Pertuan Agong beri penjelasan terhadap pengurniaan itu atau tidak, itu adalah budi bicara Seri Paduka mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya harap dengan penjelasan ini kita redakanlah kerana kita telah terima peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh menuntut penjelasan dari Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan diputuskan Yang di-Pertuan Agong itu kena faham, bukan diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, pada hakikatnya proses itu mesti melalui lembaga.

“Jadi kalau yang nak tanya sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, yang dahululah sekarang ini dah bertukar,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Putrajaya, di sini hari ini.

Justeru, Perdana Menteri meminta semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu berkenaan dihentikan.

“Saya juga bicara dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain supaya dalam kes ini sebelum penjelasan teliti dibuat kita patut ambil pendekatan sederhanalah.

“Kita faham orang mempunyai pandangan yang kuat dan tegas jadi kita beri laluan sedikit tetapi selepas penjelasan dibuat ia harus di hentikan,” tambahnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, masih banyak lagi yang harus diberi tumpuan termasuk soal ekonomi dan penyelarasan gaji penjawat awam.

Show More

Related Articles

Back to top button