Berita SemasaJenayah & Mahkamah

PDRM pandang serius persepsi negatif kaitkan Klang dengan ‘bandar Columbia’

KLANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap persepsi negatif orang ramai yang mengaitkan bandar Klang dengan ‘bandar Colombia’ susulan timbul dakwaan kadar jenayah di kawasan tersebut meningkat.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, PDRM komited dalam memastikan persepsi tersebut dipadamkan menerusi pelbagai usaha yang telah dijalankan sejak Januari hingga awal Februari lalu.

“Ada beberapa portal yang tulis, seolah-olah Klang ‘bandar Colombia’, kita tak benarkan (kenyataan itu).

“Kita datang ke sini sejak 15 Januari hingga 1 Februari lalu, kita buat pencegahan, tangkapan, operasi dadah dan jenayah kita buat di sini.

“Kita hendak bersihkan Klang. Ini bukan bandar Colombia, ini Klang, Bandar Diraja, letakkan itu di minda kita semua,” katanya dalam satu sidang di sini, hari ini.

Terdahulu, Razarudin menghadiri program Walkabout Pencegahan Jenayah di Pasar Pandamaran, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, jika diukur berdasarkan kadar jenayah, Gombak merekodkan kes jenayah yang lebih tinggi
diikuti Petaling Jaya dan Klang Selatan setakat Februari tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button