Berita Semasa

Fahmi cadang wujudkan akta regulasi platform media sosial bagi bendung kandungan tidak bermoral

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mencadangkan satu bentuk kawal selia diwujudkan di negara ini bagi membendung kes membabitkan keselamatan siber, privasi, hak cipta dan kandungan tidak bermoral di platform media sosial.

Jelas Fahmi, semua platform sosial media di Malaysia masih belum dikawal selia oleh mana-mana akta dan undang-undang.

Justeru, katanya, adalah penting mewujudkan kawal selia bagi memastikan penyedia perkhidmatan media sosial mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan, sekali gus menjamin hak penggunanya.

“Semua platform media sosial (tiada kawalan), tetapi hampir di semua negara semuanya dikawal. Jadi kami (kerajaan) melihat peraturan khusus.

“Saya tidak akan mengatakan mengharapkan banyak, kita memerlukan peraturan yang lebih baik, keselamatan dalam talian kanak-kanak pertama dan utama, kita perlu mengawal selia platform ini, supaya mereka boleh mendengar arahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Tech Talk, Malaysian Communication Summit “Charting the Future Together” bersempena Youth Empowerment Fair 2024 yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, satu pertemuan akan diadakan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said selain Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam tempoh terdekat. berhubung isu kawal selia berkenan.

“Saya akan adakan Mesyuarat dengan Azalina dan Gobind Singh mengenai Jawatankuasa Teknikal yang telah ditugaskan oleh Jemaah Menteri untuk meneliti isu keselamatan dalam talian terutamanya untuk kanak-kanak,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button