Lebih 100 PATI Rohingya lolos depoh tahanan, 1 maut kemalangan
TAPAH – Seramai 131 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Rohingya melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen di Bidor, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara Selatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mereka yang meloloskan diri terdiri daripada 115 lelaki dan 16 wanita.
“Pencarian kesemua tahanan yang lolos kini giat dilakukan menerusi Op Tutup di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi menjejaki mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu katanya, satu operasi (Op Tutup) dijalankan di beberapa kawasan bagi menjejak semula kumpulan PATI berkenaan.
Siasatan dijalankan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perak serta JSJ Bukit Aman.
Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerak IPD Tapah di talian 05-4015222.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune