Berita Semasa

Peluang jumpa Beckham di Kuala Lumpur hari ini?

KUALA LUMPUR – Peminat David Beckham berpeluang menemui bintang bola sepak ternama itu dalam satu penampilan di The Exchange TRX, 1 petang ini.

Legenda berusia 48 tahun itu dijadual menghadiri majlis The World of the Predator Exhibition’ sempena 30 tahu sejarah dan pengenalan but bola sepak keluaran Adidas (Predator).

Beckham sebelum ini berada di Bangkok untuk meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit.

Bagi kemunculan di The TRX Exchange, Beckham bakal disertai ramai selebriti Asia termasuk bintang K-pop, Kim Yug-yeom dan pelakon Thailand, Nanon Korapat.

Semalam, nitizen Malaysia dikejutkan dengan penampilan Beckham berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Suami kepada penyanyi Victoria Posh itu dalam hantaran di Instagramnya semalam menyatakan kekaguman beliau berada di Kuala Lumpur.

 

Show More

Related Articles

Back to top button