Berita Semasa

Menara KL bakal dihiasi warna biru dan jingga sempena Hari Kanser Sedunia

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan dilimpahi sinaran lampu berwarna biru dan jingga sebagai simbolik sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada 3 dan 4 Februari ini.

Menurut operator menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia tersebut, limpahan cahaya itu akan menyinari keseluruhan menara dari pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam pada tarikh berkenaan.

“Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Menara Kuala Lumpur ini adalah bertujuan untuk menyokong usaha bersama National Cancer Society Malaysia (NCSM) dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit kanser,” kata Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada setiap Jumaat pula, Menara KL diterangi dengan warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap konflik Israel-Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button