Berita Semasa

Sultan Ibrahim tiba di Pangkalan Udara Subang

KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim selamat tiba di ibu negara bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, di sini hari ini.

GAMBAR IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Pesawat peribadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) yang membawa Seri Paduka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

Ketibaan baginda di lapangan terbang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring.

Keberangkatan Sultan Ibrahim turut disambut orang ramai di luar pangkalan TUDM yang tidak ingin melepaskan peluang untuk memberikan lambaian kasih kepada Seri Paduka Baginda ketika kenderaan menuju Istana Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button