Berita SemasaSukan

Hannah Yeoh ucap tahniah Malaysia ke pentas final hoki Piala Dunia 5s

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki lima sebelah (5s) lelaki negara selepas berjaya melangkah ke pentas final edisi pertama kejuaraan Piala Dunia 5s 2024, Muscat, Oman pada Rabu.

“Menerima berita gembira pasukan hoki lima sebelah (5s) lelaki negara berjaya ke pentas final.

“Tahniah Konfederasi Hoki Malaysia atas
ciptaan sejarah ini. Apabila kita terus meraikan usaha atlet kita kerana tidak berputus asa, kejayaan akhirnya akan tercapai!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pasukan negara berjaya menjinakkan pasukan dari Eropah, Poland dengan keputusan 4-3 pada perlawanan separuh akhir.

Dua jaringan pasukan Malaysia dijelmakan kapten pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook, manakala dua gol lagi masing-masing menerusi Muhammad Arif Syafie Ishak dan Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Malaysia ke pentas final berdepan gergasi hoki Belanda pada awal pagi Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button