Luar Negara

F-16 milik USA terhempas di Korea Selatan, nahas ketiga sejak tahun lalu

SEOUL – Sebuah pesawat pejuang F-16 milik tentera Amerika Syarikat (USA) terhempas di berhampiran Pulau Mokdeok, luar pantai barat negara ini pagi ini.

Menurut Pengawal Pantai Korea, juruterbang yang sedang menjalankan tugasan rutin itu berdepan kecemasan sebelum berjaya melepaskan tempat duduk dan diselamatkan.

Nahas terbaharu ini merupakan yang ketiga melibatkan jet pejuang F-16 milik USA di Korea Selatan sejak Mei tahun lalu.

Komander Sayap Pejuang Ke-8, Kolonel Matthew C. Gaetke berkata, punca sebenar insiden masih dalam siasatan.

“Juruterbang berjaya melepaskan diri pada pukul 9 pagi (waktu tempatan). Dia diselamatkan dalam keadaan sedar dan dibawa ke kemudahan kesihatan untuk penilaian.

“Kami berterima kasih pasukan penyelamat Korea Selatan dan anggota kami yang menjalankan tugas dan memastikan proses menyelamat lancar,” katanya.

Mei tahun lalu, F-16 milik USA terhempas di kawasan pertanian negara itu ketika menjalani latihan dengan juruterbangnya selamat.

USA menempatkan kira-kira 28,500 anggota di Korea Selatan bagi melindungi sekutunya daripada ancaman Korea Utara.

Show More

Related Articles

Back to top button