Berita Semasa

7 cef berpengalaman wakili Malaysia dalam Olimpik Kulinari Dunia di Jerman

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh pakar masakan akan mewakili Malaysia dalam acara Olimpik Kulinari Dunia yang berlangsung bermula 2 hingga 7 Februari ini.

Menurut penolong pengurus pasukan tersebut, Soon Pau Voon, untuk penyertaan kali ini, Malaysia akan menyertai sebanyak dua kategori.

“Dalam acara ini wakil Malaysia wajib mengambil bahagian dalam dua kategori.

“Kategori restoran kebangsaan (restaurants des nations) mesti menyediakan menu tiga hidangan denngan pembuka selera berasaskan makanan laut, hidangan utama dan pencuci mulut untuk 120orang manakala kategori ‘meja chef’ (chefs table) akan menyediakan menu lima hidangan untuk 12 orang”

Tambahnya, kali terakhir Malaysia menyertai acara tersebut ialah pada tahun 2020 di mana pasukan kebangsaan berjaya meraih satu pingat perak dan satu gangsa, manakala pasukan remaja kebangsaan berjaya mendapat satu emas dan satu perak yang juga ia juga merupakan emas pertama dalam 32 tahun menyertai Olimpik Kulinari.

Beliau berkata, untuk acara kali ini pihaknya menyasarkan untuk meraih dua perak bagi pasukan kebangsaan.

Mengulas lanjut katanya, seni kulinari bukan sekadar tentang memasak makanan yang sedap, ia merangkumi gabungan budaya, sejarah, dan kreativiti dalam setiap hidangan, dimana menu hidangan pasukan kulinari Malaysia pada tahun ini adalah berunsurkan rasa dan gastronomi Malaysia dimana bahan bahan makanan tempatan seperti limau purut, daun limau, serai, lengkuas, madu tualang, akan di ketengahkan.

Sementara itu beliau turut melahirkan penghargaan terhadap penaja iaitu GST Fine Food dan Itik Bidor Sdn. Bhd. yang menaja bahan makanan untuk latihan; Kitchen Inc. dan Sunway Universiti sebagai pusat latihan. dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang memberi sumbangan kewangan.

Olimpik Kulinari ialah pertandingan seni masakan antarabangsa yang tertua, terbesar dan paling pelbagai di dunia dengan dibahagikan kepada acara berpasukan dan berpasukan remaja.

Untuk acara ini pasukan negara mendapat jemputan daripada persatuan organisasi hos iaitu Persatuan Chefs Jerman (VKD).

Pasukan Olimpik Masakan Kebangsaan Malaysia 2024 terdiri daripada:

Muhammad Firdaus Atan Din, Chef de Cuisine, The Westin Kuala Lumpur (ketua pasukan)

Ahli pasukan:
1. Muhammad Haikal Abdul Ghani, Sous Chef, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
2. Uhammad Ikhwan Mustafar, Sous Chef, Nathalie Gourmet Studio
3. Arvindsingam Jeyaratnam, SousChef, the Ruma Hotel Kuala Lumpur
4. Chong Wei Tzeh, tenaga pengajar, Universiti Sunway
5. Abu Hamidy Abu samah, Executive Pastry Chef, the M resort dan Hotel Kuala Lumpur
6. Cheang Sweetie, Sarjana Muda, Universiti Sunway
7. Mairissa Umairah, Commis, The Westin Kuala Lumpur

Selain itu mereka turut dibantu pasukan pengurusan yang terdiri:

Pengurus Pasukan:
1. Pele Kuah Choon Liang, Chef Eksekutif Kumpulan, the BrewHouse
Penolong Pengurus Pasukan:
1. Soon Pau Voon, Pendidik Kulinari, Universiti Sunway
2. Queeny Cheong, Perunding Prinsip, Prochefs Solutions

Mentor Pasukan:
1. Zubir Zain, Founder/ Pemilik Kumpulan Restoran CZ Shah Alam
2. Sazli Nazim, Chef de Tournant, Le Meridien Kuala Lumpur
3. Nur Muhammad Zahar, Chef de Cuisine, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
4. Lihat Lay Na, Chef de Cuisine, Champignon di Restoran Oasis

Show More

Related Articles

Back to top button