Berita Semasa

Pembayaran STR Fasa 1 mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar kepada 8.2 juta penerima bermula hari ini.

Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam atu kenyataan sebelum ini berkata, kerajaan telah menaikan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, berbanding bayaran maksimum sebanyak RM300 pada tahun lepas.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula, penerima layak menerima RM100 hingga RM300.

Dalam pada itu, penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button