Berita Semasa

10 jenama terkenal nasi kandar berkumpul di Festival Nasi Kandaq Menara KL

KUALA LUMPUR – Lebih 10 jenama nasi kandar yang popular dari Pulau Pinang dan di sini akan berkumpul sempena acara Festival Nasi Kandaq dan Cabaran Teh Tarik di Menara Kuala Lumpur.

Antara jenama-jenama Nasi Kandar popular tersebut termasuk Restoran Liga Maju, Hameediyah, Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed), Restoran Kudu Bin Abdul, Nasi Kandar Line Clear dan Ais Tingkap

Selain itu, turut serta ialah Mastan Ghani, Sadam Nasi Kandar, Kapitan, Hussain Pasembor Padang Kota dan Yusuf.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Nazli Saad, festival tersebut merupakan kali pertama dianjurkan di sini dan menjemput orang ramai memeriahkan acara tersebut yang berlangsung selama bermula hari ini dan esok.

“Untuk festival ini kita menjalin kerjasama dengan Nasi Kandaq Transporter dan Nasi Kandaq Hunters yang membawa makanan kegemaran rakyat Malaysia itu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Ini adalah kali pertama kami mengumpulkan pengusaha nasi kandar yang ternama bersama-sama dalam festival di Menara Kuala Lumpur,” katanya.

Nazli berkata, selain itu terdapat juga acara Cabaran Teh Tarik yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 untuk pemenang pertama.

“Kemuncak festival ini adalah para pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8 malam hingga 11 malam hari ini dan esok sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur.

“Harga pakej yang ditawarkan ialah RM60 untuk satu keluarga terdiri daripada dua dewasa dan kanak-kanak atau RM20 setiap seorang,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button