Jenayah & Mahkamah

Seorang maut, 4 masih tertimbus dalam tanah runtuh di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala empat lagi dipercayai hilang selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Batu 54, Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang, awal pagi tadi.

Penoolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang ditemui maut dan yang dipercayai tertimbus masih belum dapat dikenal pasti.

“Seorang daripada mangsa ditemui maut dan empat lagi masih belum ditemui.

“Bomba masih giat mengesan mereka dan operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko runtuhan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomoba dan Penyelamat Cameron Highlands bermula sebaik laporan diterima pada pukul 2.51 pagi.

Bagaimanpun katanya, anggota terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk ke lokasi kejadian.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands, mangsa dipercayai empat orang warga Myanmar yang disenaraikan sebagai Shing Lan Har, 56; Shing Aung, 39; Om Myue, 38; Haphey, 36, dan Thang Moung, 25 tahun.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan jalan yang terlibat dalam runtuhan itu tidak terletak di bawah bidang seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun kawasan tragedi tidak berada di kawasan seliaan JKR, agensi berkenaan tetap terlibat dalam operasi pembersihan tanah runtuh bagi memudahkan operasi SAR.

“JKR akan terus memantau situasi dan bersedia untuk menyalurkan apa sahaja bantuan diperlukan di dalam kapasiti jabatan ini.

“Saya ingin menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Show More

Related Articles

Back to top button