Berita Semasa

Harimau Malaya hampir malukan Korea Selatan

QATAR – Harimau Malaya melakukan kebangkitan luar biasa apabila berjaya menjaringkan gol di saat-saat akhir untuk mengikat jaguhan Asia, Korea Selatan 3-3.

Korea yang bermula garang membuka jaringan pada minit-22 melalui Jeong Woo-yeong.

Memasuki separuh masa kedua, Harimau Malaya mula menunjukkan taring apabila Faisal Halim menjaringkan gol pada minit ke-51 dan Arif Aiman meletakkan Malaysia di hadapan melalui sepakan penalti pada minit ke-62.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Korea mula meningkatkan intensiti perlawanan dengan menyerang Malaysia dari segenap sudut.

Hasilnya Lee Kang-in berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 melalui sepakan percuma.

Kemudian Son Heung-min berjaya mendahului Malaysia pada minit ke-94 melalui sepakan penalti.

Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada Korea, penyerang gantian, Romal Morales menendang masuk gol ketiga Malaysia sekaligus memberkan satu mata berharga buat Malaysia dalam Piala Asia edisi kali ini.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button