Jenayah & Mahkamah

Rangka ditemukan di rumah terbengkalai sah milik Bella – Polis

Suspek utama akan dituduh esok

BATU PAHAT – Nasib ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah yang hilang sejak 14 Disember lalu akhirnya terungkai susulan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) hari ini yang mengesahkan rangka yang ditemukan pada Jumaat lalu adalah milik Allahyarhamah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA rangka yang ditemukan di sebuah rumah tinggal di Kampung Batu 7 Tongkang Pecah itu sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Allahyarhamah yang turut dikenali sebagai Bella.

“Sampel patologi telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari dan laporan analisa DNA diterima pihak polis hari ini.

“Pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut jenazah di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majestrit Batu Pahat esok,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button