Jenayah & Mahkamah

Rumah dibiarkan kosong sejak 10 tahun ‘dirembat’ warga asing

KUALA LUMPUR – Kurang ajar! Itulah sikap sekumpulan warga asing yang bekerja di negara ini apabila bertindak menceroboh kediaman kosong di sebuah pangsapuri di Puchong, di sini untuk dijadikan rumah mereka.

Kumpulan pekerja warga asing itu dipercayai telah mendiami rumah berkenaan secara haram sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan atau membayar sebarang sewaan kepada pemilik.

Perkara itu didedahkan pengguna Facebook bernama Srilabu Kedah ketika melawat unit milik kawan kepada sahabatnya yang meminta beliau menguruskan penjualan rumah yang sudah lebih 10 tahun ditinggalkan tanpa penyewa itu.

Srilabu berkata, ketika berkunjung ke rumah, beliau terkejut apabila mendapati unit berkenaan berkunci dan kemudian disambut oleh penghuni warga asing.

“Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah. Aik kata rumah kosong. Aku pun call kawan owner tu sekali lagi nak confirm betul2, “betul ka rumah ni kosong?”.

“Aku pun cakap kat dia “ada orang dok rumah ni iaitu warga asing!”. Bukan kata aku yang terkejut, kawan owner dan owner pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun yang lalu,” katanya.

Lebih mengejutkan katanya, salah seorang daripada warga asing yang dipercayai sebagai ‘penyelia’ di rumah itu mengarahkannya menyediakan bukti sebagai wakil daripada pemilik yang sebenar.

Kata Srilabu, pekerja warga Bangladesh itu mendakwa telah lama tinggal di unit berkenaan tanpa gangguan daripada sesiapa pun.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikannya, rumah yang dipercayai melakukan penyambungan bekalan air dan elektrik dari unit lain itu berada dalam keadaan kotor dan berselerak.

“Aku dah suruh owner buat report polis dan akan aku akan report juga ke pihak Imigresen. Hampa boleh kongsi untuk pengajaran pemilik rumah yang ada rumah tapi tak dak orang sewa atau duduk,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button