Berita Semasa

KPKM siasat dakwaan Bernas utamakan pasar raya besar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menyiasat dakwaan Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), yang mendakwa pengedaran bekalan beras putih tempatan diberi keutamaan kepada pasar raya utama di negara ini.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dakwaan melibatkan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) itu akan disiasat dan pihaknya akan mengambil tindakan lanjut sekiranya dakwaan itu benar.

“Perkara ini dalam siasatan. Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kita memandang serius apa saja perkara termasuk struktur hal beras dan padi itu yang dibentuk pada tahun 2008, apakah perlu dikaji semula.

“Pihak kerajaan akan menilai semula daripada struktur organisasi beras di Malaysia ini,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang mendakwa wujud ‘percaturan’ berkaitan isu beras dalam Bernas.

Dakwaan itu termasuk layanan luar biasa Bernas kepada sesetengah pasar raya besar dalam mendapatkan bekalan beras putih tempatan.

Ditanya mengenai dakwaan pengedaran benih padi tidak bermutu yang diedar sejak 10 tahun lalu, Mohamad mengakui kebenarannya.

Show More

Related Articles

Back to top button