Berita Semasa

Elak sentuh sentimen melampau dalam tuntutan kaum – PM

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin dan ketua masyarakat supaya tidak sesekali membuat tuntutan menyentuh sentimen melampau yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada negara.

Beliau berkata, dalam menjaga kepentingan masyarakat semua kaum di negarai ni, kerajaan sentiasa menjaga hak dan berusaha menyelesaikan semua tuntutan secara saksama.

Katanya, dalam usaha menghadapi pelbagai tuntutan dengan berhemah dan adil, Kerajaan Perpaduan memperkenalkan konsep Madani untuk memenuhi kepentingan masyarakat semua kaum.

“Sentimen melampau tidak akan menguntungkan negara, sebaliknya setiap masalah mahupun tuntutan perlu diselesaikan secara adil untuk semua kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan 2024 di Padang Chetty, di sini

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Anwar berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan mendengar kritikan secara terbuka namun semua pihak perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan dan hujah yang melampau dan menyentuh isu perkauman.

Tambahnya, walaupun beliau menyedari kerajaan masih belum berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat pelbagai kaum di negara ini, empat perkara utama berkaitan itu sentiasa diberikan keutamaan.

“Kendatipun kerajaan masih belum menyelesaikan semua masalah yang dihadapi kaum, tetapi empat perkara iaitu kemiskinan, pendidikan, kesihatan rakyat dan peluang perniagaan diberi perhatian utama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button