Berita Semasa

Jemaah melebihi 12,000 orang, solat Subuh diadakan dalam dua sesi

JOHOR BAHRU – Lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini dalam Program Semarak Subuh sehingga solat terpaksa diadakan dalam dua sesi, pagi tadi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, sejak masjid itu didirikan, hari ini merupakan kali pertama solat subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.

“Syukur alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor.

“Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama ALLAH SWT,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Onn Hafiz turut bersolat jemaah di masjid itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid serta beberapa pempengaruh seperti Jalil Razak, Acad Rajalawak dan Shahrol Azizie Azmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button