Berita SemasaSukan

Gunakan peluang bermain menentang Bahrain sebaiknya – Hannah

DOHA, Qatar – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berpesan kepada pemain Harimau Malaysa supaya menggunakan peluang bermain menentang Bahrain pada pukul 10.30 malam ini (waktu Malaysia) dengan sebaiknya.

Pesanan Hannah itu turut beliau kongsikan di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

“Saya tiba di Qatar semalam untuk bersama dengan pasukan Harimau Malaysa dan penyokong mereka.

“Dalam pertemuan saya dengan pemain, saya sempat berpesan supaya menggunakan peluang bermain pada temasya Piala Asia kali ini sebaiknya, kerana (akhirnya) kita layak secara merit setelah 42 tahun!

“Lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk keluarga, dan (saya berharap) dengan semangat sedemikian pemain akan dapat menunjukkan prestasi terbaik ketika menentang Bahrain nanti,” kongsi Hannah.

Hannah turut menyatakan kekaguman beliau terhadap barisan penyokong pasukan kebangsaan yang turut berada Qatar.

“Ramai yang ambil cuti tanpa gaji, dan keluarkan wang sendiri hanya untuk berada di sini bersorak (menyokong) dan menyanyikan Negaraku.

“Saya kagum dengan komitmen, pengorbanan dan kecintaan mereka terhadap bola sepak Malaysia dan (saya yakin) menang atau kalah, mereka tetap akan berada di belakang Harimau Malaya,” kata Hannah lagi.

Pasukan kebangsaan kini berdepan dengan misi ‘mesti menang’ jika masih ingin menghidupkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan E pada Selasa lepas, pasukan kebangsaan tewas 0-4 kepada pasukan Jordan, yang sebentar tadi berjaya mendapatkan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan dalam perlawanan kedua kumpulan.

Show More

Related Articles

Back to top button