Barisan bintang Korea hampir dimalukan Jordan
QATAR – Barisan pemain bintang Korea Selatan hampir dimalukan oleh Jordan selepas dipaksa seri 2-2 dalam perlawanan kedua Piala Asia Kumpulan E di Stadium Al Thumama sebentar tadi.
Korea yang bermula garang dengan gol awal pada minit ke-9 oleh H. Son menerusi sepakan penalti kemudiannya ketinggalan dengan dua jaringan balas oleh Jordan pada separuh masa pertama.
Jordan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-37 selepas Y. Park menjaringkan gol sendiri.
Pasukan Asia Barat itu yang menewaskan Malaysia pada perlawanan pertama mengejutkan Korea dengan gol kedua hasil jaringan Al-Naimat pada minit ke-45+6.
Sehingga tamat masa sebenar, Jordan hampir memenangi perlawanan tersebut, namun nasib menyebelahi mereka apabila berjaya mendapat gol penyamaan pada masa tambahan hasil jaringan gol sendiri oleh Yazan Al-Arab.
Menerusi keputusan tersebut, Korea dan Jordan masing-masing mengumpul empat mata.
Korea dijadualkan bertemu Malaysia manakala Jordan bertemu Bahrain dalam perlawanan terakhir.