Berita Semasa

Sultan Kelantan tarik balik darjah kebesaran Dr Agus

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenankan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang dikurniakan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

“Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

“Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,” kata warta berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button