Berita SemasaPM X

Peruntukan projek dalam Belanjawan 2024 sudah diagih seawal bulan ini – PM

CYBERJAYA – Buat pertama kali dalam sejarah, semua peruntukan bagi projek yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 sudah disalurkan kepada pelbagai kementerian pada bulan Januari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut membolehkan semua projek terbabit dilaksanakan dengan segera tidak seperti sebelum ini yang perlu menunggu lama.

“Isu yang telah dibangkitkan oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dalam pelaksanaan projek adalah untuk memastikan projek dijalankan dengan segera tidak seperi sebelum ini.

“Untuk 2024 kita mahu projek-projek ini dijalankan dengan segera tanpa perlu menunggu terlalu lama dan ia mesti dilaksanakan sekarang.

“Peruntukan telah diberikan dan buat pertama kali dalam sejarah Perbendaharaan negara, peruntukan telah disalurkkan kepada pelbagai kementerian pada bulan Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi pemukiman bersama barisan Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button