Berita SemasaPM X

RUU kekalkan kerajaan bukan keutamaan – PM Anwar

SERDANG – Rang Undang-Undang (RUU) kerajaan kekal sehingga tamat penggal Parlimen bukan menjadi keutamaan kerajaan buat masa ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, cadangan itu belum dibincangkan dalam kalangan pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya, namun kerajaan akan mempertimbangkan mengenai cadangan tersebut.

“Mereka sangat lemah sekarang dan mereka tidak mampu untuk mendapat satu pertiga sokongan. Kenapa kita perlu bangkitkan persoalan ini?

“Keutamaan saya adalah, seperti saya pernah cakap, adalah untuk mentransformasikan negara ini, dari segi tata kelola, digital, untuk menjadikan negara kita lebih baik… itu adalah keutamaan saya.

“Orang mungkin agak sinikal dengan usaha antirasuah. Saya tidak faham bagaimana orang elit, nama besar berasa risau, agak gemuruh dengan usaha kita untuk memerangi rasuah.

“Saya fikir kita perlu berikan signal jelas bahawa cukup-cukuplah dengan perkara mengarut ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Peluncuran ‘Program Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat’, di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar satu undang-undang khusus diwujudkan bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggal.

Show More

Related Articles

Back to top button