Berita Semasa

Selangor sasar pelaburan RM50 bilion tahun ini

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan pelaburan sebanyak RM50 bilion sekaligus menyumbang kepada peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara sehingga 0.5% tahun ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari, sasaran itu melibatkan peningkatan pelaburan sebanyak RM5 bilion tahun berbanding capaian RM45 bilion tahun lalu.

Amirudin berkata, kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan perkembangan ekonomi yang semakin baik ketika ini.

“Jika kita dapat meningkatkan 0.4% hingga 0.5% daripada apa yang kita sumbangkan sekarang, maknanya daripada lebih 25% mungkin kepada sehingga 26% sumbangan KDNK negara pada tahun ini,” katanya selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 di Bangunan Sultan Abdul Aziz hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau masih menunggu angka rasmi daripada Jabatan Perangkaan berhubung prestasi ekonomi dan pelaburan negeri itu pada tahun lalu.

Pada 2022, Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi satu perempat ekonomi negara iaitu pada kadar 25.5%, dengan kenaikan sebanyak 0.7% berbanding tahun sebelumnya.

Show More

Related Articles

Back to top button