
Ahmad Zahid cadang RUU pertahan kerajaan sehingga akhir penggal
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu Rang Undang-Undang (RUU) dibentang bagi menetapkan tempoh pentadbiran sesebuah kerajaan yang dominan kekal sehingga akhir penggal.
Beliau berkata, undang-undang itu perlu untuk mengelak pertukaran kerajaan yang terlalu kerap sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.
“Saya fikir harus ada satu perubah langkah dan minda ahli-ahli politik supaya gabungan parti-parti politik yang mendapat perkenan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong tamat sehingga penggal terakhir.
“Kita tidak mahu sebagaimana berlaku (pelantikan) tiga perdana menteri dalam satu penggal.
“Kesannya adalah kepada rakyat apabila pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipertingkatkan,” katanya ketika mengulas mengenai isu ‘tebuk atap’ susulan Langkah Dubai baru-baru ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas merasmikan Program Bengkel Permukiman KKDW 2024, di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pengalaman pahit kesan daripada pertukaran kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke 15 yang lalu juga menjejaskan kepercayaan pelabur.
“Demi kepentingan negara kita tidak boleh menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji demi nafsu politik dalam kalangan pemimpin politik,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |