SME Bank peruntuk RM2.5 bilion pembiayaan kepada PKS
KUALA LUMPUR – Bagi memastikan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) terus diperkasa, sebanyak RM2.5 bilion pembiayan akan diperuntukan menerusi SME Bank pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Menurut Ramanan, jumlah tersebut adalah merangkumi RM4 bilion iaitu jumlah keseluruhan pembiayaan yang disasarkan oleh SME Bank bagi usahawan di negara ini.
Katanya, usaha tersebut adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk terus mengembangkan PKS di negara ini.
Dalam pada itu, Ramanan berkata, selain menawarkan pembiayaan, SME Bank juga turut mengalu-alukan usahawan untuk menyertai program Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR).
“CEDAR ini adalah program yang unik dan memberikan bimbingan bukan saja pengurusan kewangan tetapi merangkumi setiap aspek lain seperti strategi perniagaan dan pemasaran.
“Saya akan bawa usul meningkatkan penguasaan CEDAR melangkaui semua agensi dan kementerian kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan selepas itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke
SME Bank di ibu negara, hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail;
Pengerusi SME Bank, Datuk Muslim Hussain serta Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim.
Sementara itu, Dr Aria berkata, pihak SME Bank menawarkan pelbagai program pada tahun ini seperti membawa usahawan menyertai karnival di peringkat antaranbangasa.
“Kami sasaekan untuk capai sasaran jualan eksport yang lebih tinggi, sekali gus membantu usahawan di bawah bimbingan SME Bank untuk bergerak ke arah yang lebih tinggi,” ujarnya.