Berita Semasa

Empat sektor pengangkutan terima Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan memberikan kuota diesel bersubsidi kepada empat sektor dalam Sektor Pengangkutan Terpilih.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, empat sektor berkenaan adalah Sektor Pengangkutan Darat; Sektor Pengangkutan Darat (barangan); Sektor Bot Penumpang Sungai dan Sektor Feri/Bot ke pulau-pulau utama.

Beliau berkata, kuota diesel bersubsidi SKDS itu akan diberikan melalui dua saluran iaitu Saluran Fleet Card dan Saluran Skid Tank.

“Saluran Fellet akan menggunakan Sistem MySubsidi Diesel KPDN manakala Saluran Skid Tank akan diproses secara manual.

“Pada ketika ini, hanya Sektor Pengangkutan Darat (Awam) menggunakan saluran Fleet Card. Sektor Pengangkutan Darat (Awam) paling banyak menerima kuota SKDS iaitu sebanyak 67 peratus.

Armizan Mohd Ali pada lawatan kerja ke Syarikat Perceptive Logistics Sdn Bhd di Pelabuhan Klang hari ini.

“Sementara itu tiga sektor yang lain termasuk Sektor Barangan (29 peratus) masih menggunakan saluran Skid Tank,” katanya melalui kenyataan selepas lawatan kerja ke Syarikat Perceptive Logistics Sdn Bhd di Pelabuhan Klang hari ini.

Kunjungan itu adalah bagi meninjau persiapan pelaksanaan secara rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) oleh pihak syarikat di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).

Armizan berkata, seiring dengan inisiatif penyasaran semula pemberian subsidi diesel yang akan dilaksanakan secara berperingkat, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berusaha untuk menangani isu risiko impak kenaikan kos logistik yang akan ditanggung rakyat.

Katanya, kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk memperluas pemberian subsidi dengan kadar khas, sebagaimana Sektor Pengangkutan Darat (Awam), kepada Sektor Barangan melalui pelaksanaan Program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0)

Show More

Related Articles

Back to top button