Berita Semasa

Dakwaan syarikat swasta terlibat bina PADU tidak benar – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan kenyataan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) yang mendakwa syarikatnya terlibat dalam proses pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) .

Rafizi berkata, hasil semakan yang dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati dakwaan yang dilakukan CEO Syarikat Accio Technologies, Dr. Cher Han Lau adalah tidak benar.

“Pasukan Analitik PADU telah menjemput Dr. Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning.

“Proses pembangunan PADU, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Han Lau baru-baru ini tampil dalam satu siaran di media sosial Stesen Radio BFM 89.9 dengan mendakwa syarikatnya terlibat dalam proses pembangunan PADU.

Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) oleh Perdana Menteri baru-baru ini

Sementara itu, Rafizi dalam kenyataan berasingan berkata, jumlah pendaftaran PADU kini telah melepasi jumlah 1 juta pengguna setakat awal pagi ini.

Katanya, jumlah tersebut termasuk pendaftaran oleh pengguna yang berusia bawah umur 18 tahun.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang masih belum mendaftar supaya berbuat demikian termasuk membantu ahli keluarga yang kurang mahir dalam penguasaan kemahiran digital.

Katanya, pendaftaran dalam PADU penting untuk membantu kerajaan mengenal pasti golongan yang layar menerima subsidi sekaligus mengelak keciciran bantuan.

“Bantu ibu bapa, keluarga dan jiran yang kurang mahir digital untuk mendaftar.

” Jika ada keluarga miskin di sekeling kita, mohon bantu daftar. Teruskan momentum untuk beralih ke bantuan bersasar,” katanya.

Pendaftaran PADU boleh dibuat di pautan http://padu.gov.my

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button