Berita Semasa

Koperasi sekolah catat perolehan RM227.48 juta pada tahun lalu

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM227.48 juta berjaya disumbangkan oleh 2,485 buah koperasi sekolah di seluruh negara melalui perolehan perniagaan sehingga Jun tahun lalu.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pencapaian memberangsangkan koperasi-koperasi sekolah telah diberikan pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

Beliau berkata, daripada perolehan tersebut, keuntungan bersih hasil perniagaan koperasi telah membantu menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan pembangunan sekolah khususnya melalui tabung khas yang diwujudkan oleh koperasi.

Pencapain itu juga menurut beliau berjaya menggalakkan pembelajaran aktif murid dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti menerusi koperasi sekolah yang mampu memenuhi keperluan industri dan meningkatkan keboleh pasaran mereka.

“Statistik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menunjukkan sehingga Jun 2023 (Interim), sebanyak 2,485 koperasi sekolah telah menyumbang perolehan sebanyak RM227.48 juta dengan aset bernilai RM440.12 juta, syer/yuran berjumlah RM29.79 juta dan keanggotaan lebih dua juta orang.

“Kemampuan koperasi sekolah dapat dibuktikan dengan 23 buah koperasi sekolah yang berjaya memperolehi perolehan melebihi RM1 juta pada tahun 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum SMK Putrajaya Presint 9 (2) Tahun 2023 di Putrajaya pada 5 Januari 2024 baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum SMK Putrajaya Presint 9 (2) Tahun 2023 di Putrajaya pada 5 Januari 2024.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK Putrajaya Presint 9 (2), Puan Mazira Mohd Zain, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Puan Dalizwa Deena Salihin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Yusnida Mohd Sani, Yang Dipertua PIBG SMK Putrajaya Presint 9 (2), Haji Rozaan Mat Isa dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button