Berita Semasa

PM ziarah Hadi Awang di IJN

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

“Namun doktor memaklumkan, beliau sedang berehat usai menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.

“Saya juga sempat melawat sahabat saya Profesor Ziauddin Sardar dan berbicara berkaitan tahap kesihatannya.

“Kita doakan semoga urusan kedua-dua sosok ini dipermudah dan diberikan a’fiat sesegera mungkin oleh Allah SWT,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni orang ramai ketika solat Jumaat di Selayang

Sementara itu Perdana Menteri juga sempat bertemu masyarakat di sekitar Bandar Baru Selayang untuk makan tengah hari dan solat Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button