Berita Semasa

Hujan lebat tahap buruk di Johor bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di negeri Johor dijangka menerima hujan lebat tahap buruk bermula hari ini sehingga Ahad.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, amaran hujan lebat itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Antara kawasan lain yang dijangka turut mengalami hujan lebat tahap waspada termasuk Batu Pahat dan Pontian serta beberapa kawasan di negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati
dua sungai masih berada pada paras bahaya pagi ini iaitu Sungai Arau, Perlis dengan trend meningkat.

Trend paras air menurun dikesan di Sungai Kelantan di Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Nadma, sebanyak 19 jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Kota Tinggi-Kluang di Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button