Berita Semasa

Kelantan rakam penghargaan kepada PM salur wang ihsan RM177.96 juta

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran wang ihsan berjumlah RM177.96 juta kepada negeri tersebut.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, jumlah keseluruhan wang ihsan yang diterima negeri Kelantan adalah sebanyak RM217.96 juta pada 2023.

Selain itu, Mohd Nussuruddin turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri susulan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta telah diluluskan.

“Kerajaan Negeri pula akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek ini.

“Kerajaan Negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.

“Ia juga sekali gus memperkukuhkan semangat federalisme di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nussuruddin turut
menyokong pengumuman proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button