Berita Semasa

Tidak perlu gusar keselamatan data sistem PaDU – Rafizi

PUTRAJAYA – Orang ramai tidak perlu gusar mengenai keselamatan data Sistem Pangkalan Data Utama (PaDU) yang bakal dilancarkan pada 2 Jan nanti.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akses kepada maklumat tidak dibuka secara umum kepada semua, melainkan hanya data yang memerlukan input kemaskini daripada pengguna sendiri.

“Jadi, orang ramai tidak perlu risau kerana maklumat berkenaan tidak semuanya dapat diakses, melainkan maklumat yang memerlukan kemaskini daripada pengguna sendiri,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Kementerian Ekonomi, di sini har ini.

Sistem PaDU akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan nanti di Putrajaya.

Sistem tersebut akan mula dibuka mulai tarikh tersebut hingga 31 Mac bagi tujuan kemas kini dan pengesahan maklumat individu.

Mulai 1 April pula, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button